aman palastine

Mobile Licensing is a program for new entrepreneur,   .
Lisensing : Lisensing adalah tawaran untuk memiliki dan mengendalikan sebuah perniagaan membekal,memasang,membaikpulih dan menyelenggara pemanas, alat vantilasi,penghawadingin, dan alat kualiti udara ruang terkurung untuk Rumah dan pejabat. Menjalankan penyelenggaraan dan menjual Jenama-jenama tertentu membawa slogan “We care for your Need”.
Bantuan Kewangan : Lisensor ( Docto Aircond Sdn Bhd) boleh dengan budi bicaranya membantu Lisensi (pemohon) untuk menjadi pemudahcara pinjaman dari pihak PUNB atau SME BANK sebanyak yang layak diperolehi sahaja.
Latihan dan Bantuan : Lisensor akan memberikan latihan awal kepada Lisensi dan 2 kakitangan lisensi. Sekurang-kurangnya seorang usahawan (jika perkongsian) wajib menghadiri dan melengkapkan latihan asasi hingga lulus. Latihan asas ini biasanya mengambil masa 5 hari dengan sekurang-kurangnya 35 jam pembelajaran.
Teritori (kawasan boleh kerja) : kawasan boleh kerja tidak ekslusif akam mempunyai populasi penduduk sekurang-kurangnya 40,000 hingga 55,000 penduduk (maksimum). Kawasan boleh kerja yang lebih besar boleh dipertimbangkan dibawah keadaan-keadaan tertentu dengan kebenaran Lisensor.
Syarat dan pembaharuan perjanjian (Kontrak) : Durasi kontrak adalah 5 TAHUN. Perjanjian lisensing boleh diperbaharui dangan tambahan 5 tahun + 5 Tahun dengan kontrak yang sama. Fee pembaharuan adalah RM2,500.00
Tanggungjawab dan Larangan : Lisensi perlu ada dan bersedia memantau semua operasi dan kerja-kerja melibatkan perniagaan ini sepenuh masa melainkan dalam situasi-situasi tertentu yang dibenarkan Lisensor.Lisensi perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang disahkan dan memenuhi piawaian kualiti,spesifikasi dan harga ditetapkan lisensor.Lisensi Tidak dibenarkan menawarkan perkidmatan dan barangan yang tidak berkaitan dengan konsep perniagaan DOCTO AIRCOND®
KONSEP MOBILE
JENIS PERJANJIAN :  UNIT LISENSSING AGREEMENT
TEMPOH : 5 TAHUN ( CONVERTIBLE TO FRANCHISE )
FEE LISENSING : RM2000.00
FEE LATIHAN : RM1600.00
ROYALTI TANDA DAGANG : RM600 (MONTHLY)
A&P : NIL
HAK TERITORI : 50,000 POPULASI ATAU MIN.5 KM RADIUS ATAU KEDUA DUANYA SEKALI