Soalan yang sering ditanyakan

Kelebihan Aircond Inverter
1. Sistem Aircond Inverter menggunakan tenagaelektrik yang rendah.
2. Kompressor aircond inverter beroperasi dengan tidak terlalu bising berbanding noninverter.
3. Aircond Inverter cepat sejuk berbanding Non Inverter

Kekurangan Aircond Inverter :
1. Harganya lebih mahal berbanding Non Inverter
2. Kos pemasangan tinggi
3. Mantenance dan spare part juga agak mahal

Kelebihan Aircond Non Inverter :-
1. Harganya rendah berbanding Aircond Inverter
2. Kos sparepart berpatutan
3. Maintenance yang rendah

Kekurangan Aircond Non Inverter :-
1. Bunyi kompressor aircond non inverter agak sedikit kuat apabila kipas berpusing dan motor berjalan
2. Tenaga elektrik yang digunakan agak tinggi

ianya bergantung kepada bagaimana penggunaan anda. Sekiranya anda menggunakan aircond terus tanpa henti, contohnya dari malam hingga ke pagi keesokkan harinya, adalah lebih baik anda memilih Aircond Inverter. Sekiranya anda hanya memerlukan beberap jam sahaja aircond di buka, selepas sejuk anda akan tutup, maka pilihan yang terbaik ialah Aircond Non Inverter.

Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa, jadi anda tidak perlu menetapkan ia pada 18°C. Jika anda tetapkan pada 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut. Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.

Label cekap tenaga ini bertujuan memberikan maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang jimat tenaga. Makin tinggi label bintang makin tinggi kos penjimatan elektrik.

Perbezaan ketara antara teknologi bukan inverter dan inverter adalah tahap penggunaan elektrik. Inverter digunakan untuk mengawal kelajuan motor pemampat, untuk terus mengawal suhu. Keupayaan untuk menyesuaikan outputnya dengan kenaikan kecil untuk mengekalkan suhu malar akan membawa kepada penggunaan elektrik yang efisien dan bil elektrik yang lebih rendah.